Wednesday, April 14, 2010

PANTUN MELAYU

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
**********
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
**********
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
**********
Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah
**********
Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan
**********
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
**********
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
**********
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
**********
Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya
**********
Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal
**********
Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan
**********
Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum
**********
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang
**********
Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana
**********
Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang
**********
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa
**********
Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga
**********
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
**********
Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
**********
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
**********
Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya
**********
Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula
**********
Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak
**********
Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri
**********
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu
**********
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
**********
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang
**********
Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
**********
Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih
**********
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
**********
Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan
**********
Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai
**********
Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan
**********
Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang
**********
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
**********
Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan
**********
Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
**********
Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang
**********
Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung
**********
Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis
**********
Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati
**********
Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga
**********
Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang
**********
Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan
**********
Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya
**********
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
**********
Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
**********
Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau
**********
lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut
**********
anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
**********
saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati
**********
burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi
**********
batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari
**********
daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih
**********
Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati
**********
Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya
**********
Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
**********
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung
***********
Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang
**********
Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari
**********
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
**********
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
**********
Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak
**********
Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang
**********
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
**********
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
**********
Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana
**********
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari
**********
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu
**********
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang
**********
Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu
**********
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?
**********
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh
**********
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu
**********
Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri
**********
Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan
**********
Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan

The Pandan Island is far from land
Three peaks has the Daik Mountain
Though the body has rot in the sand
The good deeds are never forgotten.

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama puan seorang

Two or three cats a running
They are not comparable to the cat with stripes
Two or three (people) I can find
But there are not comparable to you.

Roses and daisies are plentiful
Their beauties would in the morning rise
I like you, girl, you're beautiful
Your smile is heaven to my two eyes.

Saya tidak pandai menari,
Sebarang tari saya tarikan;
Saya tidak pandai menyanyi,
Sebarang nyanyi saya nyanyikan.
(Pantun Melayu, bil. 1, Wilkinson and Winstedt) Buah ara, batang dibantun,
Mari dibantun dengan parang.
Hai saudara dengarlah pantun,
Pantun tidak mengata orang.
(Pantun Melayu, bil. 1, Balai Pustaka)
Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita bernyanyi adik beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
(Pantun Melayu, bil. 2, Wilkinson and Winstedt)
Mari dibantun dengan parang,
Berangan besar di dalam padi.
Pantun tidak mengata orang,
Janganlah sak di dalam hati.
(Pantun Melayu, bil. 2, Balai Pustaka)
Cempedak di luar pagar,
Tarik galah tolong jolokkan;
Saya budak baharu belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
(Pantun Melayu, bil. 3, Wilkinson and Winstedt)

Berangan besar di dalam padi,
Rumpun buluh dibuat pagar.
Jangan sak di dalam hati,
Maklum pantun saya belajar.
(Pantun Melayu, bil. 3, Balai Pustaka)




Tanam melati berjajar berbaris,
yang di tepi mendapat terang cahaya.
Maqaksud dihati melamar gadis,
tapi yang dapat, seorang janda.
Kaca yang pecah, melukai jemari,
tidak di perban mengeluarkan darah.
Janda solehah, dijadikan isteri,
tidak diragukan mendatangkan berkah.
Berikan tanda di setiap baris,
jawablah tepat, jangan sampai salah.
Kelebihan janda dibanding gadis,
kebahagiaan dapat, pengalaman pun bertambah.
Turun beruntun, sengaja dijatuhkan,
kelapa di kukur jadikan santan.
Disusun pantun,sengaja ditampilkan
semoga terhibur pembaca sekalian.

Jeling-jeling paku,
Paku masak lemak;
Siapa jeling aku
Aku cakap pada emak.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Renda pusaka busana warisan,
Ke desa singgah pemudi Peringgi;
Minda terbuka penjana wawasan,
Bangsa gagah berperibadi tinggi.

Ke desa singgah pemudi Peringgi,
Tangkal petani ampuh di tangan;
Bangsa gagah berperibadi tinggi,
Cekal berani menempuh rintangan.

Tangkal petani ampuh di tangan,
Sanggul suasa terpuji ukiran;
Cekal berani menempuh rintangan,
Unggul bangsa tinggi pengajian.

Sanggul suasa terpuji ukiran,
Mendayu kenari malam berseri;
Unggul bangsa tinggi pengajian,
Pemacu bestari Islam Hadhari.

Mendayu kenari malam berseri,
Pencak berseni budaya terbilang;
Pemacu bestari Islam Hadhari,
Puncak murni bangsa gemilang.

Pencak berseni budaya terbilang,
Perahu jati pulang ke wangsa;
Ke puncak murni bangsa gemilang,
Bersatu hati menjulang bangsa.

Perahu jati pulang ke wangsa,
Singgah di Johor merentas paya;
Bersatu hati menjulang bangsa,
Gagah tersohor di pentas dunia.

Singgah di Johor merentas paya,
Melati lebat di taman sendayu;
Gagah tersohor di pentas dunia,
Terbukti hebat ketuanan Melayu.

Melati lebat di taman sendayu,
Tetamu Linggi membeli halia;
Terbukti hebat ketuanan Melayu,
Berilmu tinggi berperibadi mulia.

Tetamu Linggi membeli halia,
Petapa pulang bersamping cemerlang;
Berilmu tinggi berperibadi mulia,
Betapa gemilang pemimpin terbilang

Apa Guna Pantun Melayu,
menyebarkan syarak meluaskan ilmu.

Apa Guna Pantun Melayu,
Menyebarkan syarak membersihkan kalbu.

Apa Guna Pantun Melayu,
Menuntun orang supaya bermalu.

Apa Guna Pantun Melayu,
mengajar orang supaya tahu :
Tahu bodoh mencari guru
Tahu menjaga aib malu
Tahu mengekang hawa nafsu
Tahu meneladan arif meniru
Tahu beramal dengan berilmu
Tahu hidup ada dituju
Tahu mati azab menunggu

Apa Guna Pantun Melayu,
memberi petunjuk kepada yang mau :
Petunjuk agama sunnah dan fardhu
Petunjuk adat membaikkan laku
Petunjuk menyuruh hidup berilmu
Supaya hidup tak dapat malu
Supaya mati tak kena palu



Apa guna pantun melayu,
penenang jiwa penyejuk Kalbu.

Apa guna pantun melayu,
ingatkan sholat yang lima fardu.

Apa guna pantun melayu,
Pembunuh cemburu, pelepas rindu.


Apa guna pantun disimak,
di dalamnya ada adat dan syarak :
Memberi petunjuk kepada orang banyak
Mana patut mana yang layak
Mana yang baik mana yang tidak
Supaya fi'il tidak rusak
Supaya marwah tidak tercampak
Hidup dan mati tuahnya nampak

Apa guna pantun dikaji,
di dalamnya ada tuntunan budi :
Pegangan hidup pedoman mati
Meluruskan akal membersihkan hati
Membaikkan akhlak mengelokkan pekerti
Supaya hidup tidak terkeji
Bila mati rahmat menanti
Tuah sakti hamba negeri,
Esa hilang dua terbilang,
Patah tumbuh hilang berganti,
Takkan Melayu hilang di bumi.


Kalau bercakap sesama tua,
banyaklah pantun pelemak kata.

Adat orang duduk berbual,
banyaklah pantun penyedap bual.

Kalau bercakap hendaklah sedap,
banyaklah pantun bunga cakap.

Kalau berbual berpanjangan,
banyaklah rencah perbualan.

Kalau duduk dalam bicara,
banyaklah pantun buah bicara

Ayam sabung jangan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya.
Asam di gunung ikan di laut,
Dalam belanga bertemu juga.

Buah kurma berlambak-lambak,
Dimakan orang pagi dan petang.
Bagai kerja menolak ombak,
Makin ditolak semakin datang.

Anak Madras menggetah punai,
Punai terbang mengirap bulu.
Betapa dera arus di sungai,
Ditolak pasang balik ke hulu.

Kayu tempinis dari kuala,
Dibawa orang pergi ke Melaka.
Betapa manis rasanya nira,
Disimpan lama menjadi cuka.



4.03.2010
Pantun Melayu Propinsi Jambi
Pantun Melayu Propinsi Jambi


Batanghari aeknyo tenang,
Sungguhpun tenang deras ke tepi;
Anak Jambi jangan dikenang,
Kalo dikenang merusak hati.

Hidup api pangganglah kuau,
Kuau dipanggang si abang kaki;
Maksud hati nak meraih pulau,
Pulau dijago sinago sakti.

Kami ba umo di lereng bukit,
Rebahlah padi digiling batang;
Kami umpamo si burung pipit,
Kemano terbang di halau urang.

Lubuk pungguk tepian napal,
Tempat budak mencuci baju;
Awak biduk nak serempak kapal,
Idaklah mungkin nyo samo laju.

Kalo ado gelang di tangan,
Idak melurut cincin di jari;
Kalo ado tunang awak nian,
Idak merebut si tunang kanti.

Bederai hujan di rimbo,
Tibo di padi bederai jangan;
Becerai kito di muko,
Namun di hati becerai jangan.

Kalu ado mobil ke Bungo,
Numpanglah aku ke Rantau Panjang;
Kalu ado cewek butanyo,
Katokan aku sudah tabuang.

Muaro Bungo medan buperang,
Jepang masuk Belando lari;
Hilang bungo dapat dikarang,
Hilang kau kemano kucari.

Kota Bangko bepagar bilah,
Kota Jambi bepagar besi;
Kota Bangko kutinggal sudah,
Kota Jambi tempat ku jadi.

Seberapo rimbun kayu di Jambi,
Rimbunlah jugo kayu di Tungkal;
seberapo rindu kau nan pegi,
Rindulah jugo kami nan tinggal.

Ke talang pegi mulatah,
Pegi merumput lanyo padi mudo;
Malang nian nasib kau antah,
Tibo lah di mulut tebuang jugo.

Anak cino menanam ubi,
Ubi tetanam dimakan babi;
Anak siapo nan bepantun tadi,
Cubolah diulang sekali lagi.

Macam mano awak nak mandi,
Banyak lah bilah daripado buluh;
Macam mano awak nak jadi,
Banyak yang negah daripado nyuruh.

Macam mano awak nak mandi,
Anak buayo di bawah titin;
Macam mano awak nak jadi,
Adek kayo abang musekin.

Cik Siti mngepang rambut,
Rambut tekepang sebelah kanan;
Kalo sudi surat disambut,
Kalolah idak buanglah ke laman.

Cubo-cubo main galumbang,
Sampai ke tepi membao tampah;
Cubo-cubo menanam mumbang,
Nasib baik negeri betuah.


Kami sepantun anak tiram,
Kasihan ombak maka mandi;


Seperti kata sepantun Melayu,
Dititik belah, dipalu belah,
Tembikar juga akan sudahnya.


Hang Jebat Hang Kasturi,
Budak-budak Raja Melaka;
Jika hendak jangan dicuri,
Mari kita bertentang mata.


Sebab dulang kayu serpih,
Mengata orang awak yang lebih.

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.

Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.


Sorong papan, tarik papan,
Papan kemudi dalam perahu;
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.


Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah Bahasa.


Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi;
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.


Belayar ke Pulau Bekal,
Bawa siraut dua tiga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Jangan laut hendak diduga.
Telur itik dari Sanggora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi

Jenderal majlis mati di Bali,
Berkubur di tanah lapang;
Apa diharap kepada kami,
Emas tiada bangsa pun kurang.


Satu, dua, tiga, enam,
Enam dan satu jadi tujuh;
Buah delima yang ditanam,
Buah berangan yang tumbuh.

Anak rusa Nani,
Baharu kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.

Kapal belayar dari Jedah,
Hendak menuju ke negeri China;
Siang malam berhati gundah,
Hendak memetik setangkai bunga.

Ke hulu memotong pagar,
Jangan terpotong batang durian;
Cari guru tempat belajar,
Supaya jangan sesat kemudian


Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.




Buah selasih di atas batang,
Sudah dipetik jangan dibawa,
Jangan dibawa ke dalam perahu;
Mencurah kasih tempat tak sayang,
Orang ketawa kita ketawa,
Orang benci kita tak tahu.



Sejak berbunga daun pandan,
Banyaklah tikus di permatang,
Anak buaya datang pula,
Daun selasih tambah banyak:
Sejak semula dagang berjalan,
Tidak putus dirundung malang,
Banyak bahaya yang menimpa,
Namun kasih berpaling tidak.



Turun hujan hari dah petang,
Bunga mawar tumbuhnya subur,
Ditiup angin habis tunduk,
Dipetik jangan dicabutkan,
Tanaman puteri dari Jawa;
Telah habis rokok sebatang,
Telah punah sirih sekapur,
Pasar sudah tempat duduk,
Penatlah sahaya menantikan,
Buah hati tak muncul jua



Anak jintayu dari hulu,
Disambar ombak Laut China,
Dibawa terbang ke perahu,
Hinggap melahap di landasan,
Turun minum ke muara,
Anak ikan berkeliaran;
Kamilah tahu dari dahulu,
Adik jauhari bijaksana,
Membuhul tidak membeku,
Mengulas tidak mengesan,
Meratap langit dengan bicara,
Bumi tidak berketirisan

Pangkal berbelit di pohon jarak,
Jarak nan tumbuh di tepi serambi
Jangan dibuat yang dilarang syarak,
Itulah perbuatan yang dibenci Nabi.

Jarak nan tumbuh di tepi serambi,
Pohon kerekot bunganya sama;
Itulah perbuatan yang dibenci Nabi,
Petua diikut segala ulama.

Pohon kerekot bunganya sama,
Buahnya boleh dibuat colok;
Petua diikut segala ulama,
Jangan dibawa berolok-olok

Pantun Budi

Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pesaka

Gadis Acheh berhati gundah
Menanti teruna menghulur tepak
Gula manis sirih menyembah
Adat dijunjung dipinggir tidak

Manis sungguh gula Melaka
Jangan dibancuh dibuat serbat
Sungguh teguh adat pusaka
Biar mati anak jangan mati adat

Anak teruna tiba di darat
Dari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak dijual beli

Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah

Buah berangan di rumpun pinang
Limau kasturi berdaun muda
Kalau berkenan masuklah meminang
Tanda diri beradat budaya

Laksamana berbaju besi
Masuk ke hutan melanda-landa
Hidup berdiri dengan saksi
Adat berdiri dengan tanda

Berbuah lebat pohon mempelam
Rasanya manis dimakan sedap
Bersebarlah adat seluruh alam
Adat pusaka berpedoman kitab

Ikan berenang di dalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sirih pulang ke gagang

Pokok pinang ditanam rapat
Puyuh kini berlari-lari
Samalah kita menjunjung adat
Tunggak budaya semai dihati

Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang hajat
Datang membawa hajat di hati

Budak-budak berlari ke padang
Luka kaki terpijak duri
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan kami

Helang berbega Si Rajawali
Turun menyambar anak merbah
Dari jauh menjunjung duli
Sudah dekat lalu menyembah

Angin kencang turunlah badai
Seumur hidup cuma sekali
Tunduk kepala jatuh ke lantai
Jari sepuluh menjunjung duli

Gobek cantik gobek cik puan
Sirih dikunyah menjadi sepah
Tabik encik tabiklah tuan
Kami datang membawa sembah

Doa mustajab selalu terkabul
Kepada Allah kita panjatkan
Sebelum berlangsung ijab dan kabul
Majlis berinai kita dulukan

Wahai ananda dengarlah pesan
Pantun Melayu jangan tinggalkan
Pakai olehmu untuk pedoman
Di dalamnya banyak tunjuk ajaran
Wahai ananda intan di karang
Pantun Melayu jangan dibuang
Di dalamnya banyak amanah orang
Untuk bekalmu di masa datang
Wahai ananda kekasih ibu
Pakai olehmu pantun Melayu
Di dalamnya banyak mengandung ilmu
Manfaatnya besar untuk bekalmu
Wahai ananda permata intan
Pantun Melayu jangan abaikan
Di dalamnya banyak mengandung pesan
Pegang olehmu jadi pedoman
Wahai ananda cahaya mata
Pantun Melayu jangan dinista
Isinya indah bagai permata
Bila dipakai menjadi mahkota
Wahai ananda bijak bestari
Pantun menjadi suluh negeri
Ilmu tersirat payah dicari
Bila disimak bertuahlah diri
Wahai ananda dengarlah manat
Pantun memantun sudah teradat
Di dalamnya banyak berisi nasehat
Bila dipakai hidup selamat
SUPAYA IMAN TIDAK BERKISAR
SUPAYA HIDUP TIDAK TERLANTAR
BILA MATI TIDAK TERCEMAR
MASUK KE DALAM SYURGA BERSINAR


Ditutuah buluah botuang badotak-dotak
Ayam bakukuak di bawah dapuar
Sangek baruantuang urang pokak
Mariam babunyi enyo tatiduar

(ditebang buluh betung berdetak-detak
ayam berkokok di bawah dapur
sangat beruntung orang pekak
meriam berbunyi dia tertidur)
Buluah botuang ditobang rato
Banyak tacampak dalam ayiar
Sangek baruantuang urang buto
Indak nampak urang mancibiar

(buluh betung ditebang rata
banyak tercampak dalam air
sangat beruntung orang buta
tidak nampak orang mencibir)
elok tumbuahnyo asam balimbiang
tumbuahnyo dokek batang mangga
sungguah elok babapak sumbiang
kalau bongi golak juo

(elok tumbuhnya asam belimbing
tumbuhnya dekat batang mangga
sungguh elok berbapak sumbing
kalau marah gelak juga)
burung puyuah bakaki pendek
copek manyuruak di bawa lado
sangek baruntuang bakaki pendek
dapek manyuruak di bawa dado

(burung puyuh berkaki pendek
cepat menyuruk di bawah lada (=cabe)
sangat beruntung berkaki pendek
dapat menyuruk di bawah dada)


La tigo bulan kami kamari
Elok la makan baduo-duo
La tigo bulan burung den mati
Sangkar den bori makan juo

(Sudah tiga bulan kami ke mari
Eloklah makan berdua-dua
Sudah tiga bulan burung saya mati
Sangkar diberi makan jua)

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian adat
Apa guna orang berpantun
Untuk mengingat petuah amanat

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain dan baju
Apa guna orang berpantun
Untuk mengangkat tuah Melayu

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian budak
Apa guna orang berpantun
Untuk mengajar hukum dan syarak

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain cindai
Apa guna orang berpantun
Untuk membaiki laku perangai

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian nikah
Apa guna orang berpantun
Untuk menyampaikan petuah amanah

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain pelekat
Apa guna orang berpantun
Untuk mengkaji adat istiadat

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain selerang
Apa guna orang berpantun
Untuk mengisi mana yang kurang

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain dan baju
Apa guna orang berpantun
Untuk menimba berbagai ilmu

Kalau orang melabuh pukat
Carilah pancang kayu berdaun
Kalau kurang mengetahui adat
Carilah orang tahu berpantun

Kalau kayu hendak ditarah
Keratlah cabang dengan daunnya
Kalau ilmu hendak bertambah
Dekati orang dengan pantunnya

Apalah guna daun kayu
Untuk tempat orang berteduh
Apalah guna pantun Melayu
Untuk tempat mencari suluh

Di dalam untaian syair tunjuk ajar dikatakan:

Wahai ananda dengarlah pesan
Pantun Melayu jangan tinggalkan
Pakai oleh mu untuk pedoman
Di dalamnya banyak tunjuk ajaran

Wahai ananda intan dikarang
Pantun Melayu jangan dibuang
Di dalamnya banyak amanah orang
Untuk bekalmu di masa datang

Wahai ananda kekasih ibu
Pakai oleh mu pantun Melayu
Di dalamnya banyak mengandung ilmu
Manfaatnya besar untuk diri mu

Wahai ananda permata intan
Pantun Melayu jangan abaikan
Di dalamnya banyak mengandung pesan
Pegang olehmu jadi pedoman

Wahai ananda cahaya mata
Pantun Melayu jangan dinista
Isinya indah bagai permata
Bila dipakai menjadi mahkota

Wahai ananda bijak bestari
Pantun menjadi suluh negeri
Ilmu tersirat payah dicari
Bila disemak bertuahlah diri

Wahai ananda dengarlah amanat
Pantun memantun sudah teradat
Di dalamnya banyak berisi nasihat
Bila dipakai hidup selamat




Apa tanda Melayu jati
memanfaatkan pantun ia mengerti

Apa tanda Melayu jadi
dengan pantun menunjuk ajari

Apa tanda Melayu jati
dengan berpantun ilmu diberi

Apa tanda Melayu jati
dengan berpantun membaiki budi

Apa tanda Melayu jati
dengan pantun membaiki pekerti

Apa tanda Melayu bermarwah
dengan pantun menyampaikan dakwah

Apa tanda Melayu bertuah
dengan pantun memberi petuah

Apa tanda Melayu bertuah
dengan pantun memberi amanah

Apa tanda Melayu bertuah
dengan pantun menyampaikan sunah

Apa tanda Melayu beradat
dengan pantun memberi nasihat

Apa tanda Melayu beradat
dengan pantun meluruskan kiblat

Apa tanda Melayu beradat
dengan pantun membangkitkan semangat

Apa tanda Melayu beradat
dengan pantun membaiki umat

Apa tanda Melayu terbilang
dengan pantun mengajari orang

apa tanda Melayu terbilang
dengan pantun mencelikkan orang

Apa tanda Melayu berbudi
dengan pantun membaiki diri

Apa tanda Melayu berbudi
dengan pantun mencari kaji

Apa tanda Melayu beriman
dengan pantun menerangi jalan

Apa tanda Melayu beriman
dengan pantun memberi amaran

Apa tanda Melayu beriman
dengan pantun mengenal Tuhan

Apa tanda Melayu beriman
dengan pantun membuka jalan

Apa tanda Melayu beriman
dengan pantun memberi pedoman

Apa tanda Melayu beriman
dengan pantun memberi pelajaran

Apa tanda Melayu beriman
dengan pantun ilmu disempurnakan

Apa tanda Melayu bersifat
dengan pantun ia berwasiat

Apa tanda Melayu bersifat
dengan pantun memberi ingat

Apa tanda Melayu pilihan
dengan pantun ilmu diturunkan

Apa tanda Melayu pilihan
dengan pantun ilmu disampaikan

Apa tanda melayu pilihan
dengan pantun ilmu dikembangkan



Di bulan Ramadhan kita beramal
Setiap malam kita taraweh
Mari bermaafan di 1 Syawal
Agar menjadi orang yang soleh

Bagi kawan-kawan yang ingin menyumbang pantun silakan di isi di kolom komentar. Thanks b4.

Dari kali menuju ke tengah lautan
Jala dilempar menangkap ikan
Idul Fitri sudah dihadapan
Salah dan khilaf mohon dimaafkan

Gerubuk cantik berisi makanan
Nasi basi lekas dibuang
Adik cantik mohon abang dimaafkan
Idul fitri dah datang menjelang

Layar terkembang perahu sampan
Haluan menuju ke laut samudra
Mohon maaf kami sampaikan
Sekalian minta kue hari raya

Anak dara memakai kain pelekat
Anak bujang turun ke kali
1 Syawal dah datang mendekat
Mohon maaf di hari yang fitri

Burung cendrawasih terbang ke awan
Hinggap sebentar di pohon kelapa
Maaf dan kasih kami sampaikan
Selamat bahagia di hari raya

Cincin batu di ikat suasa
Cantik diikat dengan berlian
Berhubung besok hari raya
Salah dan khilaf mohon dimaafkan

Dari kali menuju ke tengah lautan
Jala dilempar menangkap ikan
Idul Fitri sudah dihadapan
Salah dan khilaf mohon dimaafkan

Tepung tawar bermula dengan Bismillah
Beras dan bertih sama ditaburkan
Agar kita mendapat ridho Allah
Mari saling bermaaf-maafan

Ambil kelapa dengan galah
Galah disambung pakai tali
Maafkan segala khilaf dan salah
Di 1 Syawal hari yang fitri

Anak melayu mengail ikan
Perahu berlabuh ditengah lautan
Sambil menunggu datangnya Ramadhan
Pesan maaf kami sampaikan

“apa guna pantun dibuat, pantun dibuat mengajari umat:
mengajari ilmu dunia akhirat
mengajari syarak beserta adat
mengajari orang mengenal kiblat
mengajari amal serta ibadat
supaya hidup tidak tersesat
bila mati beroleh rahmat”

“apa guna pantun dipakai, menunjuk mengajar orang ramai:
supaya beragama tiada merampai
supaya beramal tiada lalai
supaya budi elok perangai
supaya memakai pada yang sesuai
supaya hidup rukun dan damai"

Urang toluak mangopuang patin
Dapek kan lomak duo-duo
Adiak la jojok dalam ati
Kami dek bongak saying juo

Ayiar salupak dalam talam
Ayiar digoluak dimandisi
Kuniang tadogak Tongah malam
Banral dipoluk ditangisi

Limau mani di topi ladang
Jatuah malayang saleronyo
Itam mani barambuik panjang
Siang jo malam dimabuaknyo

Masak bua marapolam
Dimakan anak biapari
Jawek kasiah tarimo salam
Mintak dipogang sampai mati

Totak rotan tigo eto
Den bao ka koto kari
Ombak dilawik sakutiko
Omba di dado sari-sari

Tinggi bukik gunuang sahilan
Tampak nan dari gunuang juda
Ambiak kain panjang sambilan
Paambin kasiah sayang tak suda

The Pandan Island is far from land
Three peaks has the Daik Mountain
Though the body has rot in the sand
The good deeds are never forgotten.

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama puan seorang

Two or three cats a running
They are not comparable to the cat with stripes
Two or three (people) I can find
But there are not comparable to you.

Roses and daisies are plentiful
Their beauties would in the morning rise
I like you, girl, you're beautiful
Your smile is heaven to my two eyes.

Saya tidak pandai menari,
Sebarang tari saya tarikan;
Saya tidak pandai menyanyi,
Sebarang nyanyi saya nyanyikan.
(Pantun Melayu, bil. 1, Wilkinson and Winstedt) Buah ara, batang dibantun,
Mari dibantun dengan parang.
Hai saudara dengarlah pantun,
Pantun tidak mengata orang.
(Pantun Melayu, bil. 1, Balai Pustaka)
Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita bernyanyi adik beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
(Pantun Melayu, bil. 2, Wilkinson and Winstedt)
Mari dibantun dengan parang,
Berangan besar di dalam padi.
Pantun tidak mengata orang,
Janganlah sak di dalam hati.
(Pantun Melayu, bil. 2, Balai Pustaka)
Cempedak di luar pagar,
Tarik galah tolong jolokkan;
Saya budak baharu belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
(Pantun Melayu, bil. 3, Wilkinson and Winstedt)

Berangan besar di dalam padi,
Rumpun buluh dibuat pagar.
Jangan sak di dalam hati,
Maklum pantun saya belajar.
(Pantun Melayu, bil. 3, Balai Pustaka)




Tanam melati berjajar berbaris,
yang di tepi mendapat terang cahaya.
Maqaksud dihati melamar gadis,
tapi yang dapat, seorang janda.
Kaca yang pecah, melukai jemari,
tidak di perban mengeluarkan darah.
Janda solehah, dijadikan isteri,
tidak diragukan mendatangkan berkah.
Berikan tanda di setiap baris,
jawablah tepat, jangan sampai salah.
Kelebihan janda dibanding gadis,
kebahagiaan dapat, pengalaman pun bertambah.
Turun beruntun, sengaja dijatuhkan,
kelapa di kukur jadikan santan.
Disusun pantun,sengaja ditampilkan
semoga terhibur pembaca sekalian.

Jeling-jeling paku,
Paku masak lemak;
Siapa jeling aku
Aku cakap pada emak.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Renda pusaka busana warisan,
Ke desa singgah pemudi Peringgi;
Minda terbuka penjana wawasan,
Bangsa gagah berperibadi tinggi.

Ke desa singgah pemudi Peringgi,
Tangkal petani ampuh di tangan;
Bangsa gagah berperibadi tinggi,
Cekal berani menempuh rintangan.

Tangkal petani ampuh di tangan,
Sanggul suasa terpuji ukiran;
Cekal berani menempuh rintangan,
Unggul bangsa tinggi pengajian.

Sanggul suasa terpuji ukiran,
Mendayu kenari malam berseri;
Unggul bangsa tinggi pengajian,
Pemacu bestari Islam Hadhari.

Mendayu kenari malam berseri,
Pencak berseni budaya terbilang;
Pemacu bestari Islam Hadhari,
Puncak murni bangsa gemilang.

Pencak berseni budaya terbilang,
Perahu jati pulang ke wangsa;
Ke puncak murni bangsa gemilang,
Bersatu hati menjulang bangsa.

Perahu jati pulang ke wangsa,
Singgah di Johor merentas paya;
Bersatu hati menjulang bangsa,
Gagah tersohor di pentas dunia.

Singgah di Johor merentas paya,
Melati lebat di taman sendayu;
Gagah tersohor di pentas dunia,
Terbukti hebat ketuanan Melayu.

Melati lebat di taman sendayu,
Tetamu Linggi membeli halia;
Terbukti hebat ketuanan Melayu,
Berilmu tinggi berperibadi mulia.

Tetamu Linggi membeli halia,
Petapa pulang bersamping cemerlang;
Berilmu tinggi berperibadi mulia,
Betapa gemilang pemimpin terbilang

Apa Guna Pantun Melayu,
menyebarkan syarak meluaskan ilmu.

Apa Guna Pantun Melayu,
Menyebarkan syarak membersihkan kalbu.

Apa Guna Pantun Melayu,
Menuntun orang supaya bermalu.

Apa Guna Pantun Melayu,
mengajar orang supaya tahu :
Tahu bodoh mencari guru
Tahu menjaga aib malu
Tahu mengekang hawa nafsu
Tahu meneladan arif meniru
Tahu beramal dengan berilmu
Tahu hidup ada dituju
Tahu mati azab menunggu

Apa Guna Pantun Melayu,
memberi petunjuk kepada yang mau :
Petunjuk agama sunnah dan fardhu
Petunjuk adat membaikkan laku
Petunjuk menyuruh hidup berilmu
Supaya hidup tak dapat malu
Supaya mati tak kena palu



Apa guna pantun melayu,
penenang jiwa penyejuk Kalbu.

Apa guna pantun melayu,
ingatkan sholat yang lima fardu.

Apa guna pantun melayu,
Pembunuh cemburu, pelepas rindu.


Apa guna pantun disimak,
di dalamnya ada adat dan syarak :
Memberi petunjuk kepada orang banyak
Mana patut mana yang layak
Mana yang baik mana yang tidak
Supaya fi'il tidak rusak
Supaya marwah tidak tercampak
Hidup dan mati tuahnya nampak

Apa guna pantun dikaji,
di dalamnya ada tuntunan budi :
Pegangan hidup pedoman mati
Meluruskan akal membersihkan hati
Membaikkan akhlak mengelokkan pekerti
Supaya hidup tidak terkeji
Bila mati rahmat menanti
Tuah sakti hamba negeri,
Esa hilang dua terbilang,
Patah tumbuh hilang berganti,
Takkan Melayu hilang di bumi.


Kalau bercakap sesama tua,
banyaklah pantun pelemak kata.

Adat orang duduk berbual,
banyaklah pantun penyedap bual.

Kalau bercakap hendaklah sedap,
banyaklah pantun bunga cakap.

Kalau berbual berpanjangan,
banyaklah rencah perbualan.

Kalau duduk dalam bicara,
banyaklah pantun buah bicara

Ayam sabung jangan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya.
Asam di gunung ikan di laut,
Dalam belanga bertemu juga.

Buah kurma berlambak-lambak,
Dimakan orang pagi dan petang.
Bagai kerja menolak ombak,
Makin ditolak semakin datang.

Anak Madras menggetah punai,
Punai terbang mengirap bulu.
Betapa dera arus di sungai,
Ditolak pasang balik ke hulu.

Kayu tempinis dari kuala,
Dibawa orang pergi ke Melaka.
Betapa manis rasanya nira,
Disimpan lama menjadi cuka

No comments:

Post a Comment